nuffnang

September 30, 2010

minyak daun ubat TYT



saje nak citer pasal minyak ni..berkesan untuk gigitan nyamuk, kudis, luka ringan, gatal2 etc..dari dulu sampai sekarang anak2 aku asyik disapu ngan minyak ni..asal ngadu gatal je minyak ni la aku capai..memang banyak bakti la dan dah berbotol-botol gak aku buat koleksi..ada jenis tuang dan roll on macam deodorant tu, senang utk bawa berjalan..sekadar berkongsi ngan kawan2 semua

September 27, 2010

mood raya

mood raya masih kuat lagi disini...keja pun malas2 lagi
rasa tak puas bercuti
nak cuti lagi boleh????
banyak la cantik, ngada2
keja banyak sapa nak buat
huh......

open house sana sini

sekarang musim open house
dan juga musim aku gantung kuali
hahahaha...
alasan je sebab mmg pemalas pun
ari minggu ari tu
ada gak la jemputan open house
ada yang sempat
ada yang tak sempat pergi
ada gak jemputan majlis kawin
letih berjalan dan makan
masih ada masa lagi
kalau sesiapa nak jemput kami sekeluarga
silakan...
orang jemput kami datang merasa

baju raya

Raya dah nak abih, aku baru sibuk nak post gambar baju raya
ok la kan..dari tak da langsung
tapi gambar anak2 sudah
gambar mak ayah tak payah letak la
kira aci la kan..
baju disponsor oleh ibu mertuaku...




September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
SEMOGA PERJALANAN KITA SELAMAT SAMPAI
KE DESTINASI YANG DITUJU
DALAM KESERONOKAN MENYAMBUT SYAWAL
JANGAN DILUPA PADA INSAN YANG TELAH TIADA

dah terbayang.....

seksanya rasa
nak buat keja dah terbayang ini
dah nampak muka mak abah
ish..ish..sabar je la
macam budak2 la
sedangkan dah mak budak
tak pa...tak pa
setahun sekali je macam ni


(ketupat setelah siap dianyam, tapi belum rebus..)




(cicah pulak dengan ini)

September 7, 2010

shahir oh shahir!!!!!

semalam kitaorang sefamily berbuka di alamanda sambil meneruskan misi mencari baju raya anak2..sampai di alamanda terus menuju ke parkson dan memang misi semalam mencabar kesabaran aku..hero aku memang benar2 lasak..aduyai
tau tak dia boleh merangkak kat lantai parkson satu hal, dia keluar masuk fitting room dengan merangkak bawah pintu lak tu..masa tu nasib baik abang dia yg tengah try baju, kalau orang lain malu aku...

selepas berbuka puasa aku singgah jap kat atm nak kuar duit nak tmbah lagi bajet, nak perabih lagi(hehehehe)tiba2 anak aku yg sulung excited giler tunjuk kat satu guy yang telah belek handphone tak jauh dari aku...rupanya orang tu adalah SHAHIR AF8..
wow..terkejut aku, licin muka dia, cerah.tinggi lebih kurang aku jer.mmg teruja beb..
masa tu tak da org perasan lagi, dia sempat senyum kat aku...anak aku beria ajak g amik gambar...tp hampanya hp bateri kong..ish..ish aku benci betul la

aku toleh lagi sekali tengok dah ada org bergambar dah..dah mula org kerumun, ye la shahir kot..mesti la teruja.sambil kuar duit atm, aku dok toleh lagi..nasib baik tak kuarkan semua duit..huhu.

last2 meneruskan misi dengan lemah longlai hampa tak dapat bergambar dengan shahir bukan senang tau nak jumpa..aku pun bukan selalu outing sekarang ni, gara2 my hero tu.letih..semalam pun 2 kali kaki aku cramp tengah jalan kat parkson tu..sakit sangat. sebab masa balik keja tu aku basah kuyup kena hujan balik ngan moto..sampai umah kelam kabut mandi terus kuar g alamanda..sejuk kaki kot
pengalaman manis, masam, kelat semalam..




(dok terbayang macam ni dia tegur aku)hahahaha

September 6, 2010

cuti sekolah

cuti sekolah dah bermula
aduh,,lega skit..
pagi2 tidak la penat sangat
malam2 pun relax je iron baju
kalau tak, kebas pinggang
..............................
minggu ni dah nak raya
hati dah sampai kampung
dah teringat nak makan macam2
baju raya anak2 pun dah beli ujung minggu ari tu
tinggal skit2 je lagi
baru la boleh beraya dengan aman...

September 2, 2010

kampung oh kampung



sekejap saja sudah khamis..
esok jumaat
pas tu ari minggu
baju2 harus dikemas
rumah pun kena kemas
ye la nak tinggal rumah biar la kemas
tak de la balik dari kg nnt
letih sangat
tengok rumah mcm tongkang pecah

pas tu dah nak raya
mood keja minggu depan tak tau lagi
jangan2 dah rasa mcm kat kg
minggu dpn gak ramai mula cuti
aku belum tau lagi malam raya atau rabu malam bertolak
hish..cepat la
nak raya ni

September 1, 2010

mood melayang

pagi ni macam tak best jer
mood melayang mana ntah
tunggu la mood ok
baru ada citer nak update