nuffnang

October 30, 2010

mood masak

sesekali kalau mood memasak ada
jenuh la semua nak dimasak
tapi kalau tak ada
beli je la lauk sejenis dua
ni menu yang sempat disnap
sup ayam (cuma guna kiub ayam, masuk kentang, carrot sudah)
cencaru masak sambal (tgk je merah tp kurang pedas)
ikan kerisi goreng
kentang (goreng salut tepung)

tips menjadi pekerja disayangi

Elak bersikap sombong
boleh dilihat melalui pertuturan, pandangan mata dan juga bahasa tubuh. ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi pasti akan lebih dihormati
Senyum
merupakan satu sedekah, selalulah lemparkan senyuman pada orang disekeliling
Ikhlas
sentiasa mengekalkan hubungan baik sesama rakan sekerja tunjukkan keikhlasan
Bersikap Terbuka
tidak salah mendengar pendapat orang lain pasti sesuatu boleh dipelajari daripada perbincangan
Sorok Hal Peribadi
jangan meminta pertolongan untuk hal peribadi dengan teman sepejabat jika tidak rapat kerana jelas melambangkan tidak profesional
Pendengar prihatin
jangan memotong percakapan teman2, biarkan ruang untuk masing2 melontarkan pendapat
Jaga pertuturan
perlu bijak menjaga komunikasi dan jangan terlepas cakap sehingga menyakitkan hati teman2 kerana pasti akan bekerjasama pada masa akan datang
Berikan penghargaan
hargailah kerjasama teman2 yang selalu membantu, tidak semestinya mahal jika tidak mampu memadailah ucapan terima kasih dengan ikhlas
Jangan Meminggir diri
sesekali penuhi undangan bagi mengeratkan siratulrahim walaupun anda tidak gemar bersosial @ setidaknya senyum dan bertegur sapa
Berkeyakinan
tanamkan sifat percaya pada diri sendiri ketika bergaul
* moga aku juga akan disayangi oleh bos dan rakan2

khasiat sardin



  • ikan tidak mengandungi lemak tepu dan ia merupakan sumber protein yang paling baik untuk keperluan tubuh badan

  • ikan sardin mengandungi kandungan omega 3 di dalamnya yang dapat mengawal paras kolestrol, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak

  • harganya murah serta mudah dimasak dan mengandungi protein sihat

  • sardin dalam tin mengandungi minyak kerana sardin jenis ini tinggi kandungan kalori dan kadar lemaknya

  • asid lemak dan selenium yang terdapat di dalam ikan sardin amat baik untuk memelihara kesihatan jantung

  • tulang ikan sardin juga kecil dan lembut sehingga ia boleh dimakan untuk membolehkan tubuh mendapat bekalan kalsium yang baik

  • selain kandungan omega 3 dan selenium, ikan sardin juga kaya dengan vitamin D, E, kalsium, dan protein

October 28, 2010

patin tempoyak

sekarang memang pantang dengar sudah terliur
gara2 mysayang yang ajar
dulu tak suka
sekarang lambat dipelawa
mencecet datang
itulah penangan patin tempoyak

* ni pun nak kena belajar masak sedap2

kaunselor yang hebat



semalam aku dikehendaki untuk menghadiri program penerapan nilai-nilai murni dan pengurusan stress kerana pencapaian kehadiran latihan belum memuaskan..sungguh skema ayat..atau erti kata lain belum cukup 7 hari berkursus untuk tahun ini.

pada mulanya mmg terkejar-kejar sebab mula pukul 8.30 pagi dan biasanya pagi2 banyak benda nak kena follow up..program berkenaan diadakan di dewan KDN (selang beberapa blok dari opis saya )


(muka sebelum pergi)


bila program dimulakan..aku benar2 rasa berterima kasih pada yang memilih aku sebagai peserta kerana penceramah tersebut memang power..best sangat En. Norazman Amat dari Pusat Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan..memang betul2 mengubat stress..gaya penyampaian bersahaja dan isi yang padat dan yang penting kelakar.mungkin sebab beliau memang betul2 berpengalaman dan sudah menghadapi berbagai-bagai kes..banyak berkisar mengenai isu rumah tangga yang kebanyakkannya punca stress di tempat kerja....terasa cepat masa berlalu rasa macam nak dengar lagi kalau boleh nak sampai pukul 5 petang...hehehe


October 22, 2010

saya..saya



Saya pernah rindukan seseorang tapi tak tahu bagaimana
nak meluahkan
saya pernah melukakan hati seseorang
tapi tak tahu bagaimana menyembuhkan
saya pernah mengecewakakan seseorang
tapi tak tahu nak menggembirakan
saya pernah menyayangi seseorang
DAN sampai bila2 pun saya tetap menyayangi
walau apapun yang terjadi

walaupun dia tidak rindukan saya
walaupun dia tidak rawat hati saya
walaupun dia tidak menggembirakan saya

* terasa kegedikan seperti dizaman remaja dulu kala

October 21, 2010

Habil & Qabil



sempat lagi nak post lagi satu entri
layan gak la citer ni
tapi time myhero tak nak tgk kartoon
kadang rasa benci kat abby tu
sekarang rasa kesian pulak
apa la pendirian tak tetap sungguh...

stresss

setahu aku
aku cuma sambut Hari Raya Aidilfitri & Aidil adha
tapi ni nak raya Deepavali
apsal aku terlibat sama
apsal aku kena bizi sama
bukan setakat Deepavali, Chinese New Year pun, Krismas pun..
hahahhaah...gurau je
sedang bizi memproses kad raya deepavali untuk diedarkan pada kenalan boss besaq
aduyai...nasib la..
pening gak
semua dia nak kasi
tengok yg penting sudah la
apa la..tu pun tak leh pikir ke
orang jaga parking pun mau kasi????



*boss...orang yg bakar & buang mayat kat sungai tu tak nak kasi ker???
ada berani nak tanya macam tu? kang aku yg kena bakar @ buang kat sungai

October 19, 2010

ronda2 putrajaya dimalam hari

Malas dah nak bercerita pasal budget 2011
sana-sini sudah ada details
hari ni nak bercerita pasal myhero
malam tadi dia ngamuk nak ikut daddynyer kuar
daddynyer pun dah pujuk bawa g kedai satu round dan
pusing balik hantar
bila dah masuk rumah, daddynyer meneruskan misi beliau
kerana lambaian malam memanggil2
supaya lepaking kat luar yang lebih sejuk
almaklumla sekarang musim panas, malam pun terasa bahang lagi

myhero tiba2 tersedar daddynyer tak ada, mengamuk ajak aku yg tak bersalah
turun bawah cari daddynyer
bila dah turun tak nak pulak naik rumah
sebelum turun aku dah pesan pada abang dan kakak
supaya tido awal
aku pun bawa myhero berjalan dikawasan rumah
sambil ambil angin malam
mood dia dah ok

sedang melayan dia
bas pulak menjadi perhatian dia
meraung lagi la nak naik bas pulak
aku pun dah panik
terus tahan bas
naik je la
driver tu tanya
nak kemana?
aku jawab saja anak ngamuk nak naik bas
jadi nak jalan2 je
nasib la dia senyum je

tak pasal2 aku meronda putrajaya
dikala jam menunjukkan pukul 10.15 malam
masa tu kami 2 beranak je atas bas
sampai depan alamanda
ramai la pulak orang baru balik keja
malunyer aku
dengan baju selekeh
dengan selipar je
tebalkan muka sambil layan myhero

rondaan kami malam tadi berakhir pukul 11.15 malam
sampai dirumah tanpa banyak songeh terus ambil botol susu
dan tido tanpa mahu menukar baju
kalau tidak pukul 12 @ 1 pagi baru nak tido
sabar la banyak2
jangan tiap2 malam dia buat perangai mcm ni sudah

October 15, 2010

Budget 2011

Jeng..jeng

petang ini penentu segala khabar angin
dapat bonus ka..
naik gaji ka..
semoga baik-baik saja
berdebar-debar ni..

lagi kes bayi mati...

allahuakbar
pagi ni terbaca lagi satu kes
bayi meninggal dipercayai terjatuh di rumah pengasuh
aduyai..sedih pulak
sayu je rasa hati
dapat bayangkan macam mana perasaan si ibu
masih terasa sakit bersalin
masih terasa perit berpantang
masih terasa penat berjaga malam
masih terbayang senyuman si anak
namun segalanya berakhir begitu
itulah takdir yang perlu si ibu hadapi
anak meninggal di tangan pengasuh yang kita bayar untuk menjaga anak
mungkin ayat itu kedengaran kasar
tapi perit sebenarnya untuk dihadapi
mungkin bukan salah pengasuh 100%
mungkin sudah sampai ajal bayi itu

tapi kadang2 terpikir jugak
kebanyakkan pengasuh sekarang
menjaga bayi semata-mata kerana duit
dan bukan ikhlas sebenarnya
sebab tu kadang2 ala kadar saja
penjagaan yang diberikan

Ya Allah..selamatkan lah anak2 aku
minta dijauhi semua perkara tak elok

October 13, 2010

petua petah bercakap

aduiii...
kadang2 pening melayan myhero tu
dia selalu cakap banyak tapi masalahnya
kitaorg tak paham apa dia cakap
bulan mac nanti dah masuk 3 tahun
sekarang ada skit perubahan
pandai sebut abang, kakak, ibu,ayah, kete
tapi kadang2 dia selalu tertukar
ada masa datang tepuk bahu
sambil sebut abang..abang
bila kita cakap ini ibu...
dia senyum je sambil sebut ibuuu..
kadang2 rasa mcm dia sengaja ngusik kita
entah la..kalau nampak apa2 selalu gak
sebutkan benda tu suruh dia ikut
dia boleh..cuma kalau dia nak cepat bagitau sesuatu
mula la mcm2 bahasa keluar..
hanya ibu yang paham sikit apa dia nak bgtau
kalau kita tanya dia balik
mula la merajuk
" amau awan" (tak mau kawan)sambil tarik muka
(itu mmg warisi perangai ibu, ibu tahu)

ada apa2 petua lagi yg boleh dicuba?

langkawi oh langkawi

dah lama tak pegi langkawi..last pegi sebelum bersalin anak sulung tu
balik dari langkawi 2 hari terus bersalin
sekarang dia dah 9 tahun
bayangkan dah lama benar tak jejak langkawi
sedangkan kalau balik kg
dekat je ngan jeti kuala perlis
feri pun baru 45 minit
tapi ntah la
cadang nak pergi je
akan ada aral melintang
so, cancel...
sedih...huhuh


(cantik kan...)



(best kalau dapat tempat mcm ni)


(boleh shopping coklat)


(wajib beli ni..)

October 12, 2010

ubat mujarab

naper la sejak 2 menjak ni
mood melayang jer
entah apa yang dipikir
entah apa yang dibuat
badan rasa lesu semacam
kalau la ada ubat yang paling mujarab
kan senang...
tapi kalau nak tahu
kalau ada yang ini
confirm ceria sepanjang masa





boleh beli apa saja yang dihajati
boleh makan apa saja yang terlintas
boleh berjalan-jalan ke mana saja
boleh beri apa yang anak2 ibu nak...
segalanya boleh....

October 7, 2010

sedapnya koktail...

kalau pegi mana2 open house kalau ada koktail
pasti aku akan jamah
tak kira la puding koktail atau apa saja berkaitan koktail
macam bestt je tekak ni
sekarang anak2 aku dah mula tunjuk minat makanan itu
kena belajar buat sedap2 ni..





October 5, 2010

ada jugak rupanya....



(ada gak la gambar hari kejadian semalam)

jamuan raya portluck

semalam kat opis ada jamuan raya..semua datang
membawa juadah masing2
portluck la..ada macam2 juadah
time ni la nak merasa juadah air tangan kawan2 kan
gambar tak sempat nak ambik
tak sangka 1 kementerian datang
dari aras 1-6
opis kitaorg di aras 7
kecut aku takut tak cukup makanan
ada gak kawan2 opismate yang tak sempat merasa juadah aku
ada yang minta repeat
huh..berpeluh gue
masih terasa letih mengerjakan menu dibawah ni
tido sejam je malam sebelum tu
takut tak sempat siapkan juadah utk pagi isnin


(nasi daging, gambar en.google)


(air asam tomato, pun dari en. google)


(dalca..juga en. google tq)

memang tak sempat nak snap..
sibuk melayan kawan2
apapun tq juga pada mysayang
sebab tolong menjayakan misi
juadah di atas.