nuffnang

December 31, 2010

Tahun Baru & Perbentangan Budget

Memula nak ucap Selamat Tahun Baru 2011 pada korang2 yang baca belog ini..
Harap2 azam tahun ini telah tercapai dan
selamat berazam baru...azam aku yang lepas, aku dah lupa sebab banyak sangat dan
ntah yang mana satu azam yang betul-betul aku nak..apa la orang macam ni pun ada
tapi yang pasti azam tahun baru ni aku nak sihat, cantik,cute, comel, lawa dan sebagainya
boleh kan buat azam macam tu...hhahahahahh
sebenarnya azam yang sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu dan keselamatan aku jua..ceh, poyo je kan. baik takpayah citer azam baru kalau macam tu.

Tadi pagi anakku yang kedua telah menghadirkan diri dengan jayanya program Orientasi Darjah 1 SK Presint 9 (2)...masa dengar taklimat guru besar tadi memang aku pun berkobar-kobar nak antar anak g sekolah..tahun ni anak aku 2 orang yang bersekolah
si abang darjah 4 dan kakak darjah 1...yang kecik baru 3 tahun
Aku nak cerita ni adalah berkenaan budget untuk 2 orang anak yang bersekolah
pagi tadi buku sekolah, yuran, yuran dan buku kelas KAFA kakak mencecah 3 rat
Ari isnin ni yuran, buku sekolah, yuran dan buku KELAS KAFA abang pun mencecah 3 rat
hari tu baju sekolah 2 beradik termasuk baju uniform kelas KAFA hampir mencecah 5 rat
See..tu anggaran bukan detail total..dah mencecah 1k kan...macam seram je dengar
tapi itulah kenyataan yang aku dan somi perlu hadapi setiap tahun..
nanti kalu si adik dah masuk sekolah jugak bertambah lagi budget
nampaknya no baby...buat masa terdekat kecuali ada rezeki aku dan somi
naik pangkat ke, naik gaji ke, dapat durian runtuh ke, tiba2 dapat wasiat dari orang yang tak dikenali bagi harta ke....atau whatever...verangan memang syok kan
kalau ikutkan perancangan aku dan somi jika anak dah mencecah 3 @ 4tahun, aku harus standby
untuk next baby..tapi berdasarkan huraian di atas terpaksa la berpikir dan merenung sejenak
kalau ada sapa2 nak tolong pikir dan renung pun boleh gak...pas tu bagi je apa2 cadangan, bantahan ke apa2 suggestion ke..
ewah..boleh cam tu pulak

akhir kata sebelum mengakhiri slot malam ni..dengan sukacitanya saya mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SEMOGA KITA SEMUA MENGHAMPIRI KEJAYAAN DALAM HIDUP

December 29, 2010

spa di rumah..& ahli baru

syok sekarang tiap-tiap malam ada orang urutkan
sapukan losyen
picitkan kepala..picitkan kaki
tolong kemas barang
dan sedia menunggu arahan selanjutnya
anak2ku "welcome back to our home sweet home"
untung gak kan bila anak dah besar
boleh main buli2
selalu asyik kena buli ngan myhero
sekarang daddy mau keluar pun 'dia' tak kisah
rileks jer..asal abang dan kakak ada

semalam adikku telah selamat melahirkan baby boy
macam mimpi je rasa..due date lambat lagi bulan Jan 2011
tapi dah baby nak kuar awal, disaat beberapa hari lagi mau masuk tahun baru
apa boleh buat..alhamdullillah semuanya selamat
walaupun kandungan adik baru 8 bulan 2 minggu
berat baby hanya 2.5kg
jadi cucu mak dan abah bertambah lagi la
sudah 7 orang cucu
semoga kami sekeluarga sentiasa diberkati dan dilimpahi kebahagiaan
dan yang penting dilindungi dari perkara2 yang tak elok...

*mau upload gambar tapi tenet amatlah lembap..sabar ni

YouTube- SIXTH SENSE-KHATIMAH CINTA.mp4

December 28, 2010

shoppink...

bila la nak leh shoppink ni..nampaknya tinggal angan2 je..
masa jejalan blog kengkawan
tengok masing2 shoppink
best giler...kan sedang sale ujung tahun
huh..tak pe, sale lain kali kita terjah
pujuk hati sendiri..heheheh
selalunya i memang pakar bagi motivasi pada diri sendiri
siapa lagi nak pujuk hati sendiri kalau bukan i..kan

beberapa hari lagi sekolah dah nak dibuka
bermula kembali kesibukan ku dipagi hari
anak2 pun sudah ada depan mata
tengah standby untuk masuk sekolah balik
duit pun sudah banyak dilaburkan

kat bawah ni ada saja letak gambar untuk cuci mata sendiri
lawa gak kan kasut dan beg ni
tapi selalunya kalau tengok hak milik orang
nampak cantik, cute, lawa semua ada
kalau sudah jadi hak milik sendiri
ada saja yang tak kena
hish..inilah kehidupan


December 16, 2010

boleh pandang-pandang ..jangan pegang-pegang




boleh pandang2
jangan pegang2
duduk renggang2
bertambah sayang

ni la lagu khas untuk aku sekarang
nak tau sebabnya...
sebabnya kalau mommy duduk dengan ngan daddy
myhero akan mengamuk-ngamuk
akan menendang-nendang
akan membaling apa saja barang
cemburu kot..
tak kasi chance
may be takut dapat adik
dia belum bersedia
hahahahhaha





*hiburan setelah lama tak hapdet...

December 8, 2010

demam..kesiannyer

pedih mata
hidung tersumbat
tekak perit
keronkong sakit
batuk lagi
semua ada
hari ni tak g keja
dok umah merehatkan diri
nanti kena ekon opis lagi teruk
tak nak wooo..
jap2 lagi nak g klinik
ambik mc satu, doktor!
boleh order macam tu?

my hero tido lagi
tadi bangun awal
ingat orang nak hantar dia ke rumah pengasuh
pas tu nanges nak ikut daddy g keja
pas tu ajak mummy main badminton
apa la budak ni
bukan nak memahami mummy tak sihat ke, emo ke,
haish...
tak ada sapa pun kesian kan saya
jadi terpaksa la saya kesiankan diri sendiri...