nuffnang

July 8, 2011

ikan patin masak tempoyak

gambar cilok dari mr.google
semalam lupa i nak snap
balik keja, terus i sinseng lengan
siang ikan, sediakan bahan
dengan bersemangat nak masak
sebab lauk ni feveret my sayang
dengan lafaz bismillah mula memasak

selepas puas kelentung kelentang
siap la ikan patin tempoyak
hidang dengan nasi panas2
tersenyum lebar my sayang bila mula menyuap nasi
jadi makan harus bertambah-tambah
pas ni tak perlu gigih ke hentian temerloh
semata-mata penangan tempoyak ikan patin ni
i dah lulus dengan jayanya A++
fuh...lega

p/s : bila masak dengan kasih sayang semua jadi sedap kan..ececece

July 6, 2011

macam-macam cerita

sudah lama tak update blog...
rindu jugak tapi keadaan yang tak izinkan
hari tu lepas i balik kampung,
keadaan kesihatan tak menentu
kejap demam, kejap sengal badan
pas tu demam malam pulak, gigil2 satu badan
macam2 lagi yang jadi
jadi mood berbloging menurun sangat
tapi masih berjalan-jalan di sini
tak mo cerita sedih dah
sebab i sudah sihat sepenuhnya
cuma kena sentiasa jaga pemakanan
bila kita sakit, baru kita tau ramai yang sayang kat kita kan...


baru-baru ini, opis ada buat family day
lokasinya Bukit Merah Laketown
tersangat ler hepi dapat bawa family enjoy di sana
yang best jugak i dapat kain sulaman dari Noor Arfa Batik
nanti update lagi ya!!!!