nuffnang

November 21, 2011

menghitung hari

sebenarnya sekarang i tengah berdebar
tak berapa hari lagi anak sulung i nak bersunat
jadi maknyer yg gelabah...anak ok jer (kelakar rasa)
macam2 yg i google pasal bersunat
cuti pun dah apply lebih kurang 6 hari
ari jumaat 25 hb ni anak i bersunat
pas tu 27 hb ada buat kenduri di kampung
tak sabar nak tgk reaksi dia..
sekarang ni dia relaks jer..
kejap je dah besar, tahun depan sudah darjah 5
dan kakak masuk darjah 2
lepas settle kenduri, i stay kat kg sampai dia sembuh
pas tu kan, nak tinggal diorg 2 beradik kat kg
musim cuti sekolah dah bermula
lepas ni sunyi la rumah....
bergaduh dgn si kecik je la...

bila terlebih rajin

lama sudah tak update blog
sampai ada yg bertanya...(malu tau bila bos baca blog i )
weekend lepas 'mysayang' g kursus
bukan jauh pun, melaka je
tinggal la kami 4 beranak
jadi i harus rajin untuk masak bagi anak2 makan
masalahnyer bukan saja rajin malah terlebih rajin
pukul 10.00 pagi sudah boleh breakfast merangkap lunch
anak2 bangun tido pun terkejut
tengok dah siap hidang nasi
sebelum ni bukan i tak rajin
tapi dah ada orang sudi membantu
apa salahnya..i tak menolak


* ni le menu kitaorg : sambal udang,ayam goreng kunyit, sup tulang dan cekodok (kawan i kasi) alhamdullillah......