nuffnang

January 28, 2012

berita sedih

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas jip yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di Km224 Lebuh raya Pantai Timur Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Goh di sini, hari ini.

Mangsa, Huee Wan Tin, 31, berasal dari Indera Mahkota mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala suaminya, Tan Pang Yoong, 32 dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian 1.40 tengah hari itu tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Jip yang dinaiki mangsa sekeluarga telah berpusing-pusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - Bernama

p/s : berita ni keluar di metro online semalam, takziah kepada pegawai saya di atas kematian isteri beliau...(terdetik dihati : ajal dimana-mana, oleh itu sentiasa lah bersedia)

rindu 'my Kriez'

sudah seminggu anak yang kecik "Kriez" demam
makan tak nak langsung
batuk, muntah, selsema, demam kejap panas sgt, kejap ok
ibu susah hati sangat2, kesian anak ibu
kalau boleh biar la semua sakit anak2, ibu yang tanggung
ubat sudah bermacam ubat yang ditelan
tapi macam tu juga
harap2 sembuh la cepat, tak sanggup lagi tengok dia mcm tu
biar la dia lasak mcm selalu, asalkan sihat dan mahu makan
kadang2 nak tido malam pun tak boleh
kesian kan dia dan sentiasa pantau suhu badan..

Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting Melaka





Layan jugak tempat ni..bercuti bersama rakan2 & famili
Malam kami sempat berBBQ di tepi pantai
rasanya kena repeat tempat ni sebab ada event yg melibatkan kami sekeluarga di sini
bulan februari nanti