nuffnang

May 28, 2014

Lawatan sambil belajar SMK Sri Sembrong Kluang


Lega..settle satu keja..hari ni ada lawatan sambil belajar dari SMK Sri Sembrong, Kluang Johor ke opis i..tugas i tadi kena melayan diorang dan urusan makan tengahari.Alhamdulillah dah selesai..Diorang pun bertolak ke lokasi lain pula.Rombongan terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 guru pengiring.Nampak muka gembira diorang. Pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5..best kan sekolah dah mula cuti..

Anak-anak i kat rumah belum lagi bertanya mana nak pegi jalan..sebab ayah diorang memang selalu plan last minit..tau2 jadi je.Atau diorang memang dah penat melayan ibu ngn ayah yang memang kaki jalan ...hihihi..asal weekend je ada program..Nak merancang bercuti pun kena ikut bajet poket sekarang ni..perbelanjaan berhemah..sopink online pun perlu dikawal.

May 26, 2014

Kek Besday


Minggu lepas satu persatu dapat berita gembira..alhamdulillah..yang bestnya tahun ni 'mysayang' celebrate besday i..selalu cukup sekadar wish.bukan nak minta apa pun cukup le sekadar ingat.terkejut jugak bila dia ajak anak2 buat surprise siap sembunyi kek kat belakang lagi..huhu.

Moga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan dan rezeki untuk kami sekeluarga..dan moga tahun ini mematangkan lagi diriku ini dan tabah mengharungi apa jua cabaran hidup.demi suami dan anak-anak i perlu lebih kuat untuk hadapi apa saja keadaan.

Untuk suami dan anak-anak, terima kasih kerana telah mengembirakan dan menceriakan hidup ibu.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu..untuk 'mysayang' selagi hayat dikandung badan selagi itu i akan berada disampingmu susah dan senang..promise.

May 23, 2014

APC 2013


Alhamdulillah ..merasa dapat APC untuk kali kedua dalam perkhidmatan...yang best nya tarikh majlis APC kali ni pada 15 Mei dan i punya besday pada 16 Mei..hihi
wah..terus update blog yang berkurun tinggal sempena berita gembira.
lama tinggal blog ni.. selalu melawat kawan-kawan punya blog.
Banyak benda yang hendak diceritakan..satu persatu akan dimulakan. insyaallah