semalam kitaorang sefamily berbuka di alamanda sambil meneruskan misi mencari baju raya anak2..sampai di alamanda terus menuju ke parkson dan memang misi semalam mencabar kesabaran aku..hero aku memang benar2 lasak..aduyai
tau tak dia boleh merangkak kat lantai parkson satu hal, dia keluar masuk fitting room dengan merangkak bawah pintu lak tu..masa tu nasib baik abang dia yg tengah try baju, kalau orang lain malu aku...
selepas berbuka puasa aku singgah jap kat atm nak kuar duit nak tmbah lagi bajet, nak perabih lagi(hehehehe)tiba2 anak aku yg sulung excited giler tunjuk kat satu guy yang telah belek handphone tak jauh dari aku...rupanya orang tu adalah SHAHIR AF8..
wow..terkejut aku, licin muka dia, cerah.tinggi lebih kurang aku jer.mmg teruja beb..
masa tu tak da org perasan lagi, dia sempat senyum kat aku...anak aku beria ajak g amik gambar...tp hampanya hp bateri kong..ish..ish aku benci betul la
aku toleh lagi sekali tengok dah ada org bergambar dah..dah mula org kerumun, ye la shahir kot..mesti la teruja.sambil kuar duit atm, aku dok toleh lagi..nasib baik tak kuarkan semua duit..huhu.
last2 meneruskan misi dengan lemah longlai hampa tak dapat bergambar dengan shahir bukan senang tau nak jumpa..aku pun bukan selalu outing sekarang ni, gara2 my hero tu.letih..semalam pun 2 kali kaki aku cramp tengah jalan kat parkson tu..sakit sangat. sebab masa balik keja tu aku basah kuyup kena hujan balik ngan moto..sampai umah kelam kabut mandi terus kuar g alamanda..sejuk kaki kot
pengalaman manis, masam, kelat semalam..
(dok terbayang macam ni dia tegur aku)hahahaha
No comments:
Post a Comment