nuffnang

October 30, 2010

tips menjadi pekerja disayangi

Elak bersikap sombong
boleh dilihat melalui pertuturan, pandangan mata dan juga bahasa tubuh. ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi pasti akan lebih dihormati
Senyum
merupakan satu sedekah, selalulah lemparkan senyuman pada orang disekeliling
Ikhlas
sentiasa mengekalkan hubungan baik sesama rakan sekerja tunjukkan keikhlasan
Bersikap Terbuka
tidak salah mendengar pendapat orang lain pasti sesuatu boleh dipelajari daripada perbincangan
Sorok Hal Peribadi
jangan meminta pertolongan untuk hal peribadi dengan teman sepejabat jika tidak rapat kerana jelas melambangkan tidak profesional
Pendengar prihatin
jangan memotong percakapan teman2, biarkan ruang untuk masing2 melontarkan pendapat
Jaga pertuturan
perlu bijak menjaga komunikasi dan jangan terlepas cakap sehingga menyakitkan hati teman2 kerana pasti akan bekerjasama pada masa akan datang
Berikan penghargaan
hargailah kerjasama teman2 yang selalu membantu, tidak semestinya mahal jika tidak mampu memadailah ucapan terima kasih dengan ikhlas
Jangan Meminggir diri
sesekali penuhi undangan bagi mengeratkan siratulrahim walaupun anda tidak gemar bersosial @ setidaknya senyum dan bertegur sapa
Berkeyakinan
tanamkan sifat percaya pada diri sendiri ketika bergaul
* moga aku juga akan disayangi oleh bos dan rakan2

No comments:

Post a Comment