nuffnang

November 27, 2010

Times Square Theme Park

hari ini kami bertiga menuju ke KL dengan moto
fuh.. memang mencabar
sejarah kot bawa myhero ke KL dengan moto
singgah di Berjaya Times Square
mengushar theme park ni
tapi tak masuk pun
tunggu la 2 orang anakku balik (skrg di kg)
baru la bawa diorg pegi
insyaallah..kalau ada rezeki
nampak macam best gak
tapi bayaran masuk boleh tahan
kat sini gak ada roller coaster terpanjang dalam bangunan
dah tengok diorang naik tadi
teruja beb..tapi takut






November 25, 2010

terima kasih daun keladi

pagi tadi dapat goodies cute ni
sempena perkahwinan hazril +idah (opismate)
semoga berbahagia sampai ujung nyawa
terima kasih la banyak2
walau tak pegi dapat gak
kebetulan kitaorg dah balik kampung
jadi tak dapat la menghadirkan diri
yang specialnya siap ada duit RM1 tu
bagus la diorg ni
leh simpan tabung
kalau kitaorg pegi ari kenduri tu
mesti dapat rm5 kan
sebab 5 ahli keluarga
hehehehehehe

November 24, 2010

nak salahkan siapa

semalam lebih kurang pukul 4.30 ptg
pengasuh anak aku telefon
bgtau anak aku dah banyak kali muntah
aku pelik la sebab masa antar pagi tadi ok je
sihat tak da tanda2 nak demam
tanya dia, naper kak jadi cam tu
demam ke anak saya
dia cakap
tak demam..tapi muntah2
3 orang budak yang dia jaga pun sama
panik la sekejap
telefon la suamiku ajak balik cepat
aduyai sementara nak tunggu
hangin satu badan
lambatnya rasa dia ni nak sampai
bila dah balik rumah
ambik anak di rumah pengasuh
sayu sangat rasa hati
anak aku dah lembik, nak duduk pun tak mampu sambil tangan pegang tuala
menadah kot2 dia muntah lagi
tiada sepatah kata pun keluar
selalunya mmg dia agresif sangat
pandang aku pun sayu je
huhuhuhu..menanggis aku dalam hati
balik rumah cepat2 tukar baju nak bawa dia pegi klinik
dia mmg lembik, aku letak atas tilam
terbaring je pandang atas
Ya allah..pelihara lah anak aku
aku memang berdebar sangat
ayahnya pujuk anak aku minum air skit
sebab pangasuh tu cakap tadi dia dah tak nak minum / makan apa2
dia minum sikit pas tu keluar balik
aku angkat dia dukung pun lembik lagi

sampai klinik sambil tunggu giliran aku usap je kepala dia
dia pun pandang je budak2 main
selalunya dia pun tak kalah
masa jumpa doktor
memang sah anak aku keracunan makanan
dan doktor nasihatkan bawa dia ke hospital untuk rawatan lanjut
jika malam nanti lkeadaan masih sama/muntah

Lepas di beri ubat malam tadi anak aku beransur sihat
pagi tadi pun awal bangun dan minta makan
mungkin lapar sebab malam tadi tak jamah apa2 makanan
pagi ni datang keja pun hati masih teringat kat dia
harap2 keadaan baik2 saja

*tengah survey gak nursery untuk tahun depan

November 11, 2010

cuti hari raya haji

esok last keja
pas tu dah start cuti
seminggu lak tu
di samping balik beraya
balik ni nak tolong abah mak cuci rumah
akibat banjir ari tu
tak tau la macamana rupa rumah itu
sedihnyer..

gambar keluarga saya

sungguh straight to point je tajuk yg diberikan
hehehehe..saja letak gambar
dah lama tak update...layan jer






November 3, 2010

negeriku banjir

gambar-gambar banjir sekitar negeri perlis














* setiap hari, masa, asyik bertanya perkembangan mak abah
tak tenteram selagi banjir tak surut



inhaler

sedih rasa..anak ku yang sulung diserang asma/lelah..
tiba2 penyakit ni datang
sebelum ni mmg dia penah kena
tu pun masa masih bayi sehingga umur 1 tahun lebih
sebab dilahirkan semasa kandunganku 7 bulan
jadi paru-paru dia tak kuat
dulu mmg selalu keluar masuk wad
tapi lepas tu mmg dah tak da
tiba2 ptg isnin tu
aku balik keja
dia ngadu sakit dada, sesak nafas
panik gak
muka dia pun dah lain
bawak g klinik kesihatan tu
dan mmg doktor sahkan lelah @ asma
dan sekarang inilah teman dia
harap2 anak ibu cepat sembuh

November 1, 2010

Banjir

kampungku sedang banjir...aduyai
kesian pulak mak abah
jangan la banjir teruk
abis barang rumah rosak
macam tahun 2005 dulu...
minta doa agar baik2 saja

minggu ni banyak benda nak pikir..
sabar banyak2..