nuffnang

April 18, 2012

Cinta Buat Emelda






(gambar ihsan : google)



Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.Lakonan Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.

March 21, 2012

air dicincang takkan putus




gambar semasa celebrate besday 'my kriez' di kampung

sejuk ati tengok dua beradik berpeluk macam ni

selalu jangan harap la

memang serba tak kena, si adik tu suka marah2 kakak

ada saja benda yang dia nak gaduh

kesian si kakak yang ratu airmata tu.

tapi kalau time baik jangan la i nak berleter kat kakak

mula la dia 'backing' tapi selalu baik diorang tak lama

pas tu mula gaduh..

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

March 20, 2012

demam campak

sorang..sorang
ari tu 'my kriez' demam campak
sekarang 'my sayang' pulak
rupanya kalau orang dewasa demam campak, teruk kan
dengan sengal satu badan, suhu badan tak menentu
kejap panas, kejap sejuk
serba tak kena, asyik nak melenting je..
nasib ler i seorang yang teramat sabar
melayan karenah somi dan anak
(angkat bakul nampak)...bukan selalu pun.
gambar tak publish, takut tuan badan marah
sempena cuti sekolah yang lepas
sempat juga la balik kampung sempena 'my sayang' mc
tapi i melayang cuti 4 hari
at least boleh menjenguk mak abah di kampung
sedih rasa tengok mak abah makin kurang bertenaga
ada saja penyakit yang singgah,
moga ALLAH sentiasa melindungi mak abah dan beri kesihatan pada mereka

March 6, 2012

Besday anak teruna

30 Januari ari tu genap 11 tahun anak terunaku
sekejap saja sudah besar
lama jugak tak update
hampir sebulan baru masuk cerita besday
macam-macam yang berlaku,
sibuk dengan keja opis
sibuk dengan anak2
baru-baru ni 'my kriez' kena chicken pox
bergilir la kami somi isteri cuti
ada jugak yang kitaorg bawa masuk opis
tapi tu la dengan hero tu bukan boleh jangka
time mood elok ok la
time dia tak heran sesapa, pening kepala
tapi apapun syukur alhamdulillah
hari ni mula pegi sekolah
dan pagi ni pun tak nanges
petang nanti mesti kena upah gi kedai

*curik2 time keja update citer, nnt update lagi ....


January 28, 2012

berita sedih

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas jip yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di Km224 Lebuh raya Pantai Timur Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Goh di sini, hari ini.

Mangsa, Huee Wan Tin, 31, berasal dari Indera Mahkota mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala suaminya, Tan Pang Yoong, 32 dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian 1.40 tengah hari itu tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Jip yang dinaiki mangsa sekeluarga telah berpusing-pusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - Bernama

p/s : berita ni keluar di metro online semalam, takziah kepada pegawai saya di atas kematian isteri beliau...(terdetik dihati : ajal dimana-mana, oleh itu sentiasa lah bersedia)

rindu 'my Kriez'

sudah seminggu anak yang kecik "Kriez" demam
makan tak nak langsung
batuk, muntah, selsema, demam kejap panas sgt, kejap ok
ibu susah hati sangat2, kesian anak ibu
kalau boleh biar la semua sakit anak2, ibu yang tanggung
ubat sudah bermacam ubat yang ditelan
tapi macam tu juga
harap2 sembuh la cepat, tak sanggup lagi tengok dia mcm tu
biar la dia lasak mcm selalu, asalkan sihat dan mahu makan
kadang2 nak tido malam pun tak boleh
kesian kan dia dan sentiasa pantau suhu badan..

Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting Melaka





Layan jugak tempat ni..bercuti bersama rakan2 & famili
Malam kami sempat berBBQ di tepi pantai
rasanya kena repeat tempat ni sebab ada event yg melibatkan kami sekeluarga di sini
bulan februari nanti