nuffnang

July 27, 2010

loan asb

baru-baru ni terdetik nak cuba melabur dalam loan asb yang rata2 pendapat mengatakan ianya menguntungkan..setelah terpengaruh (ye..la, aku ni kan mudah termakan hasutan) oleh anasir yang baik, aku pun try apply untuk buat loan tu..berdasarkan apa yang aku paham memang menguntungkan terutama bagi yang gatal tangan tak leh nak simpan duit macam aku..asal ada duit je tangan gatal nak beli itu ini, time tak da duit tak gatal lak tangan kan...kalau kawan2 nak detail pasal loan ni boleh dapatkan maklumat lanjut di bank cawangan terdekat anda, kalau tak silap bank yang sediakan loan ni maybank dan cimb je kot..tak pasti sangat.tapi sekali anda dah dapat maklumat tersebut, confirm korang akan berminat. kalau kita tak buat potongan pun duit tetap akan habis gak kan..lagipun ini bukan sebarang loan, ia lebih kepada saving kita hari tua nanti..
tepuk dada, tanya selera.

aku bukan superman

aku bukanlah superman
aku juga bisa nanges
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku...

tu lagu superman...tapi bagiku, aku juga bisa nanges jika
hatiku tercalar walau aku seorang yg keras hati
tapi kadang2 airmataku tumpah jua.
selalu airmataku kerap mengalirkan arus
jika ianya berkaitan mak abah dan anak2
dengan suami ada la jugak
tapi aku lebih suka simpan
bnyk2 nanti leh buat letupan gunung berapi...hehehe
sekali merajuk bertahun la.
ada gak terbaca kita tak boleh nak simpan apa yang terbuku
kena luahkan apa yg tak puas hati
tapi ntah la..aku lebih suka simpan saja
sebab malas nak bising2 ngan somiku
sebab tu makan dalam kot...
org kata kalau selalu makan hati jangka hayat umur akan pendek
wah..wah..suka la org laki yer
kalau isteri cepat mati
cepat diorg dapat pengganti

July 26, 2010

petua tradisional

1.Elak anak kecil kencing malam
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkan disebelah pagi dan sebelum masuk tido. Mudah-mudahan anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

2.Hilangkan ruam
Amalkan melumur tepung ubi pada badan bayi anda selepas mandi untuk menghindarkan ruam.Pastikan bahagian2 yg sering dihinggapi ruam seperti leher, punggung dan dada.Kadang2 kesian pada baby montok2 ini kerana sebagai ibu perlu sentiasa peka dengan masalah ini kerana mudah terjadi ruam dilipatan kemontokan mereka.

3.Meredakan benjol
Sekiranya kepala anak2 anda benjol, cara untuk menghilangkannya adalah dengan mengambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau sehingga larut dan pekat. Sapukan larutan itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit benjolan akan mengecil dan mengempis, kemudian akan beransur hilang.

sekian, petua untuk hari ini.

favourite ke?











tengok gambar kat atas ni, tak tau la naper anak aku yg sorang ni suka kalau gambar dia diambil di posisi begini dan ditempat ini....kalau tak caya tgk bukti2 yg ada ni. dari kecik sampai besar ada gambar ditempat kejadian yang sama......hmmm








July 20, 2010

macam best jer.......

tengok orang dapat baby macam best jer..tapi bila diri sendiri mmg la best tapi tak tahan aku ni jenis yang mengalami alahan teruk dari mula kehamilan sehingga 5 bulan la gak..macam anak ketiga ari tu pengalaman bersalin mmg buat aku kecut perut.sakit lebih kurang 12 jam sebab 2 kali kena cucuk ubat..huhuhu sakit hanya tuhan yg tahu. duduk tak kena, baring tak kena, jalan lagi la..aku tak boleh tahan time family datang melawat kat spital..rasa sayu jer. pengalaman mematangkan aku..cewah.sesungguhnya pengalaman menjadi ibu membuatkan aku bertambah kasih dan sayang pada mak dan abah aku..aku sedar diorg perit membesarkan ku dulu.

ok..la kang tempias kat meja plak airmata ni....



happy birthday!!!!!!


(gambar masa umur 3 tahun ni)



Ahad lepas, besday anakku yang kedua...dah genap 6 tahun anak dara tu.pada mulanya mmg tak plan nak celebrate..maklum la gaji 22 hb, ada lg brapa hari. duit dlm poket ngam2 je.kebetulan family aku dtg kunjungan hormat jadi dapat la merasa birthday party anak dara aku tu..seronok kemain.aku lagi la seronok sebb semua disponsor oleh mak, adik n abg aku....hehehehe, aku sumbangkan tenaga dan suara jerr..boleh la kan dari tak ado.

July 8, 2010

KARAM

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...

July 6, 2010

gsr

Jika Isteri Menangis .....

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

July 5, 2010

MILIKI KERETA MENGIKUT UMUR ANDA

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)
baby walker

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )
keta tolak (stroller)

Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)
keta mainan

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)
keta kontrol biasa-biasa aje


Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)
keta kontrol berjenama


Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)
keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan


Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)
kereta berkerusi roda


Kereta yang akhir.....apabila tiba masanya!

KERETA JENAZAH