nuffnang

January 25, 2011

ahli baru - Hadif Hanif

perkenalkan ahli baru keluarga saya
anak adik saya merangkap anak saudara saya
panjang nyer awak explain...
sekali sekala
ni yang buat tak sabar nak balik kg
saya belum ketemu lagi
nak amik bau baby
myhero dah besar tak da bau baby dah




p/s: gambar sekitar majlis cukur jambul, huhu... sedih saya tak dapat join


Limau Gong Xi Fa Chai

memula macam best jer bau limau ni
lama-lama bila makin banyak
kiri kanan penuh ngan limau
saya mula muak, pening
tapi saya tak rasa pun limau tu
manis ke. masam ke, idak la tahu rasanya
kerana semangat 1 Malaysia
tahan juga la bau limau-limau ni
tak lama dah
diorang pun nak raya jugak kan...

January 23, 2011

Blogger untung 1 juta

inilah yang dikatakan rezeki
tajuk muka depan Berita Minggu hari ini
ada jugak follow blog ni
memang meriah + kaler merah


p/s : setiap kejayaan pasti ada keperitan, setiap usaha pasti ada ganjaran

January 22, 2011

Kekanda Adinda (Monoloque vs. Atilia)

Ayu Raudhah - Zaquan


semalam mereka sudah selamat dinikahkan di Alor Setar
berseri tengok muka pasangan
sebenarnya tidakla minat sangat
tapi sekadar ambik tahu je


gambar ayu berinai

p/s : teringatkan Rita Rudaini, apa perkembangan rumahtangganya?
(wah...very the kepochi, i nak jd reporter tp x layak)





January 21, 2011

syoknyer blogging


sudah terjebak tapi best sangat
jumpa ramai kawan
dan macam2 karenah
dapatla hilangkan kebosanan dan ketensionan saya
jom layan lagi

January 20, 2011

bahagia sebelom tido

bahagia rasanya bila anak memuji
walau dalam bahasa pelat
tapi amat berkesan

'cedapnye, pandai ibu macak'
walau si ibu hanya memasak roti bakar
hahhaha..bukan memasak
tapi membakar roti kosong

itulah anak kecil tak pandai menipu
cuma daddy nyer je tak dapat menerima kenyataan
hahahhaha..jeles la tu.


zoo negara


tension nyer..ada lagi gambar tak boleh nak upload
nanti la kalau dah ok kita masukkan part 2
lawatan ini terjadi pada 25 Dec yang lalu
tapi hari ini baru sempat masuk tapi masih tak complete

January 19, 2011

pecah rumah dan rogol

saya sangat takut bila dengar kes sebegini berleluasa
tambah2 lagi di bandar putrajaya ini
tak sangka kan..tergamak orang-orang tu buat perangai keji ni
hish...minta dijauhkan dari perkara-perkara sebegini
dah la harta benda kena rompak
diri sendiri pun dapat sakit
moga-moga orang yang keji ini dapat dihapuskan
menyusahkan orang betul la....

January 17, 2011

bestnyer suri rumah


ari ni pun mc
sakit mata masih ada plus demam pulak
macam-macam la karenah
pagi-pagi bangun siapkan bekal untuk anak-anak dan somi
pas tu kejutkan sorang2 tuk bangun mandi
pas tu monitor anak2 bersiap ke sekolah
monitor pulak somi bersiap (perlu ke?)

pas tu hantarkan diorang sampai depan pintu
salam, cium pipi kiri kanan
pas tu kunci pintu
pas tu tutup semua lampu
pas tu apalagi joint 'myhero' tido
geram tengok dia tido khusyuk nyer
hahahahha....alasan kan
tak pa i kan demam, jadi kena banyak rehat

pas tu bila nak g klinik, nak kemas rumah, nak masak, nak basuh baju????
hadoi...ingatkan best rupenyer tension gak
kena siapkan semua keja sebelum diorang balik petang nanti
ingtkan sakit bole la bermalas-malasan
angan-angan sajo.....

January 15, 2011

aku budak kampung - don't judge book by its cover

kali ni nak bercerita tentang diri aku
ramai yang bertanya kawin umur brapa
muda-muda anak dah besar
tahun ni genap umur aku 28 tahun dan
mempunyai anak yang berusia 10, 7 & 3 tahun
2 lelaki dan sorang pompuan
aku berkahwin di usia 17 tahun
sememangnya kawin muda ni banyak cabaran yang perlu ditempuhi
antaranya masalah kewangan
ada gak yang bertanya 'apsal kawin muda, tak sempat kumpul harta'
ada gak yang berbunyi 'tak nyempat-nyempat nak kawen, kan dah susah skrg'
aku dah lali dengan segala macam tohmahan dan kata-kata manusia
selagi bernyawa selagi itu la kita akan berdepan dengan
berbagai karenah manusia
ada jugak yang mengeji, yang meyindir dulu
datang minta nasihat, minta pendapat
(minta pendapat ok..jgn minta pendapatan sudah)
disebabkan aku dah ada pengalaman...


apapun yang orang kata,aku tetap aku
jodoh aku sampai awal, dan inilah takdir hidup aku
aku tak pernah menyesal, malah bersyukur sangat
kalau nak dibandingkan kehidupan aku 10 tahun dulu
walaupun pelajaran aku setakat spm
tapi siapa sangka aku sekarang bekerja di bumi putrajaya ni
dikelilingi dengan orang-orang bijak pandai dan
mempunyai kelulusan tinggi



kehidupan kami 5 beranak amat sederhana
segala segi kami perlu berjimat, aku sanggup ketepikan segala keinginan
demi anak-anak...kadang-kadang aku perasan
ada gak yang menjeling, ada yang memandang sinis dengan
penampilan selekeh aku
bukan tak nak bergaya, cantik, tapi aku tak mampu
memang aku asal dari kampung, jadi sifat kekampungan tu masih ada
kalau nak ikutkan rasa rendah diri, memang dah binasa aku ni


dan yang paling aku bersyukur, dikurniakan anak-anak yang cerdik
dan suami yang penyayang
walau adakalanya agak baran tapi kejap jer..biasa la orang muda kan
namun aku dapat rasakan kami berdua makin matang
dalam alam rumahtangga
ye la kan..tahun ni masuk tahun ke 11 bersama
suami selalu ingatkan aku
biar la kita susah sekarang kerana
kita ada harta yang perlu dijaga (anak2)
disebabkan itu aku sanggup telan apa saja kepahitan
biar la apa pun orang nak cakap, yang utama anak-anak aku
walau aku susah, aku tak penah meminta duit gaji mereka

January 14, 2011

sharing is caring

"kebaikannya disyukuri
kekurangannya diredhai"
rasanya pepatah ini sangat sesuai untuk alam rumahtangga
kita terima pasangan seadanya
tak kira susah atau senang
pasti hubungan diberkati
dan tidak dinafikan
dugaan dan rintangan dalam rumahtangga
amat berat
jika asas tidak kukuh
mungkin kita akan tumbang

Trilogi Cinta

sekarang tengah syok layan citer ni
wajib tengok setiap ahad, isnin, selasa
10 malam di tv1
lagi best layan ngan 'mysayang'
oleh kerana i dah baca novel Sharifah Abu Salem
jadi i dah tahu sebahagian citer
jadi 'mysayang' akan bengang
jangan salahkan i ok
dah i minat baca novel
dan citer ni pulak diilham dari novel tersebut.

MC ari ni


i nak bagtau
i mc semalam dan hari ni
i sakit mata
kesian kan kat i
bye..

January 9, 2011

kawan baik vs kawan tak baik


tajuk kemain lagi kan..
sebenarnya aku ni tak banyak kawan
jadi bila ada kawan yang betul-betul baik tu
memang aku hargai sangat
kita boleh rasakan seseorang tu ikhlas berkawan dgn kita ke tak
bukan berkawan dengan kita untuk mempergunakan kita
@ mengambil kesempatan di atas kebaikkan kita
macam aku yang tak punya wang berjuta, rupa menawan
memang tak da tarikan untuk orang berkawan kan (merendah diri ni)

tapi dalam kehidupan seharian pengalaman menjadi pengajaran
bukan semua niat baik kita orang akan hargai
ada jugak yang mempunyai prasangka buruk
kadang2 bila kita ditimpa masalah, ada jugak jenis orang yang mempersoalkan
sebab dan alasan dirinya tak pernah hadapi masalah2 sebegitu
dan kebetulan nasibnya baik jarang ditimpa kesusahan
tetapi bila dirinya ada masalah
pandai pulak nak orang paham

aku pulak jenis kalau orang dah sakitkan hati aku
sampai bila pun aku akan ingat
kalau sekali mungkin dapat maafkan
tapi kalau berkali-kali
keadaan masih sama
bagaimana nak aku sabar??

apapun aku bersyukur kepada tuhan
kerana memberi aku dugaan dan rintangan
kerana itu aku dapat mengenali orang2 disekeliling aku
luar dan dalam
tiada guna cantik paras rupa jika hati tidak begitu

kadang-kadang bila masa kita susah
ramai pura2 tak nampak atau ambil tahu
jangan nanti kalau diorang pulak yang susah
aku bimbang kalau aku tak mau amik tahu..

selalunya kan kalau kita buat baik berkali-kali
susah orang nak ingat
tapi kalau kita buat jahat sekali
mati idup balik pun orang kan ingat
dan sampaikan pada cucu cicit diorang...

January 8, 2011

NYONYA COLORS

tetiba petang2 ni teringin nak makan kuih muih tempatan
teringat citer pasal keenakan kuih muih nyonya colors
aduh..satu hal gak nak pegi cari.
layan je gambar....

January 5, 2011