nuffnang

August 18, 2010

laksa oh laksa




sedapkan...tiba-tiba teringin nak makan.dah la lama tak masak sendiri.
kadang2 yang dibeli ni kurang sesuai ngan tekak aku..kadang2 masa beli first ok
tapi bila pegi lagi skali dah kureng rasa dia...potong tul la
bila la nak mulakan operasi masak laksa ni..pas tu leh makan puas2 sampai pitam.
tapi..kalau nak laksa beras kola perlis camno?

August 17, 2010

lagi gambar makan..mengidam ni

tengok lagi koleksi makanan
macam best semua ni
dugaan bulan posa sungguh



(sedap sangat..gambar dari blog mamasya)


(ini pun sedap)


(dah lama ngidam ni)



(sejuknya tekak)

sedapnyer

petang-petang ni mula la nak cari pasal
ada saja teringin nak makan
tapi sayangnya somiku bukan leh join utk makan semua ni
tekak melayu original






sekian untuk ari ini
takut ada yang tergugat puasa lak

emosi petang hari

sekali sekala teringin nak makan masakan mak
tambah2 bulan posa ni
ada saja yang aku teringin

mee kuah
pulut sekaya @ serimuka
ketupat sotong
cucur udang
macam2 lagi la
masalahnya nak balik kg mcmana?
cuti pun tak banyak la
duit pun tak do
baju raya anak2 pun tak beli lagi
entah2 tak da langsung
kesian anak2 ibu
keadaan kewangan kita tak mengizinkan
kita merasa macam orang lain
cukup la setakat apa yang ada
doakan kita dimurahkan rezeki
tetapi anak2 ibu mmg baik tak penah
nak meminta itu ini
seolah2 macam paham keadaan ibu ayah
banyak yang ibu pendamkan
sesekali airmata ini tak dpt ibu tahan
tetapi percayalah
walaupun kita hidup serba sederhana
TETAPI kasih sayang ibu
pada anak2 sentiasa melimpah
jangan anak2 ibu nnt lupakan ibu
jangan anak2 ibu nnt ketepikan ibu
jangan anak2 ibu nnt abaikan ibu
Hanya kerana ibu tak dapat berikan kalian kemewahan

August 13, 2010

cuti raya

macamana ni..bila nak isi borang cuti
dah mula confius
sepatutnya dah mula cuti 3-9 hb masuk keja 13hb
sebab minggu tu sekolah dah cuti
tapi tup2 pengasuh baby lak cuti 13-17 hb
seminggu selepas raya
den nak cuti bnyk2 tak cukup lak stok cuti smpai ujung tahun
kalau boleh nak balik buka posa, sahur ngan mak abah dulu
baru best feel nak raya tu
tak nak la malam raya baru nak otw balik
pening gak kan kalau dah ada anak ni
kena pandai adjust time nak cuti pun
tengok la cam na...

August 10, 2010

RAMADHAN

kejap je dah nak mula puasa
pas tu tak lama nak raya
putaran masa sungguh cepat sekarang ni
moga bulan ramadhan yang bakal menjelma
akan membuatkan kita lebih tekun dan sabar
mengerjakan ibadah
disamping menjalankan tugas seharian

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN

August 4, 2010

boring!!!!!

pagi ni badan rasa lesu jer...

sejuk pulak tu, kalau boleh pagi tadi mmg tak nak bangun

tapi kalau tak bangun

sure dlm 8 lebih

anak2 pun kecoh bangun tido

mula la kacau aku nak tido

jadi ...

lebih baik aku datang keja

jimat satu hari cuti

kenape la anak2 ni kan

kalau hari cuti cepat je bangun

kalau hari keja riuh rendah aku kejutkan

(anak sulung tak terlibat, pujian harus diberikan, kalau kejut cpt je dia sedar tanpa alasan)

termasuk la bapak budak itu

asyik 5minit, 5 minit

sekarang perangai tu dah turun kat anak dara i

salah siapa tu????