nuffnang

August 18, 2011

teraniaya di bulan ramadhan

Hari ni puasa ke -18
i baru nak update story
ok..la dari tak de langsung kan
semalam i ada pegi bazar ramadhan Serdang
saje pegi situ, sbb ada banyak pilihan kuih
pas tu teringin tengok gulai kawah
try la beli..dah bayang nak makan dengan nasi, ayam percik
masa berbuka, dengan tak sabar cedok kuah ke dalam pinggan
sekali, i ada hidu bau tak sedap
bila di amati bau tu mcm bau lembu
maknanya peniaga ni basuh daging lembu tak bersih la kan..
terus hangin, dah ler tgh berselera
bau tu terus melekap kat tangan
memang i tak halalkan duit i tu.
sampai hati, bulan puasa pun buat perangai tak senonoh
nak meniaga, buat ler betul2
jangan aniaya pelanggan, jgn nak untung lebih
takkan nak cepat tak sempat basuh daging elok2 kot
argh....mmg cari pasal, sebab tu aku suka kalau masak je
walau penat slps balik keja, nak rushing masak bagai
tapi hati puas, kebersihan terjamin



August 16, 2011

SESUCI LEBARAN



tak sabar nak raya...datang keja pun malas dah..


July 8, 2011

ikan patin masak tempoyak

gambar cilok dari mr.google
semalam lupa i nak snap
balik keja, terus i sinseng lengan
siang ikan, sediakan bahan
dengan bersemangat nak masak
sebab lauk ni feveret my sayang
dengan lafaz bismillah mula memasak

selepas puas kelentung kelentang
siap la ikan patin tempoyak
hidang dengan nasi panas2
tersenyum lebar my sayang bila mula menyuap nasi
jadi makan harus bertambah-tambah
pas ni tak perlu gigih ke hentian temerloh
semata-mata penangan tempoyak ikan patin ni
i dah lulus dengan jayanya A++
fuh...lega

p/s : bila masak dengan kasih sayang semua jadi sedap kan..ececece

July 6, 2011

macam-macam cerita

sudah lama tak update blog...
rindu jugak tapi keadaan yang tak izinkan
hari tu lepas i balik kampung,
keadaan kesihatan tak menentu
kejap demam, kejap sengal badan
pas tu demam malam pulak, gigil2 satu badan
macam2 lagi yang jadi
jadi mood berbloging menurun sangat
tapi masih berjalan-jalan di sini
tak mo cerita sedih dah
sebab i sudah sihat sepenuhnya
cuma kena sentiasa jaga pemakanan
bila kita sakit, baru kita tau ramai yang sayang kat kita kan...


baru-baru ini, opis ada buat family day
lokasinya Bukit Merah Laketown
tersangat ler hepi dapat bawa family enjoy di sana
yang best jugak i dapat kain sulaman dari Noor Arfa Batik
nanti update lagi ya!!!!

June 8, 2011

Makan ikan Manhattan

sedapnya...time makan hari tu
sampai nak muntah rasa
sebab terlampau kenyang..
ari ni ngidam pulak
cam na tu????

p/s ; malam ni i balik kampung..yuhuuuu


May 23, 2011

pengubat jiwa



16 mei yang lepas

anak2 hadiahkan bunga ros

sempena besday i

walaupun bunga plastik

yang dibeli di kedai buku sekolah

namun i tetap terharu

TQ anak2 ibu.