nuffnang

May 26, 2014

Kek Besday


Minggu lepas satu persatu dapat berita gembira..alhamdulillah..yang bestnya tahun ni 'mysayang' celebrate besday i..selalu cukup sekadar wish.bukan nak minta apa pun cukup le sekadar ingat.terkejut jugak bila dia ajak anak2 buat surprise siap sembunyi kek kat belakang lagi..huhu.

Moga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan dan rezeki untuk kami sekeluarga..dan moga tahun ini mematangkan lagi diriku ini dan tabah mengharungi apa jua cabaran hidup.demi suami dan anak-anak i perlu lebih kuat untuk hadapi apa saja keadaan.

Untuk suami dan anak-anak, terima kasih kerana telah mengembirakan dan menceriakan hidup ibu.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu..untuk 'mysayang' selagi hayat dikandung badan selagi itu i akan berada disampingmu susah dan senang..promise.

May 23, 2014

APC 2013


Alhamdulillah ..merasa dapat APC untuk kali kedua dalam perkhidmatan...yang best nya tarikh majlis APC kali ni pada 15 Mei dan i punya besday pada 16 Mei..hihi
wah..terus update blog yang berkurun tinggal sempena berita gembira.
lama tinggal blog ni.. selalu melawat kawan-kawan punya blog.
Banyak benda yang hendak diceritakan..satu persatu akan dimulakan. insyaallah

January 27, 2013

Berkurun lama

Lama sungguh tak update blog..rindu pun ada. Tapi entah mengapa bila mula tulis macam tersekat..ambik mood dulu

April 18, 2012

Cinta Buat Emelda






(gambar ihsan : google)



Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.Lakonan Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.

March 21, 2012

air dicincang takkan putus




gambar semasa celebrate besday 'my kriez' di kampung

sejuk ati tengok dua beradik berpeluk macam ni

selalu jangan harap la

memang serba tak kena, si adik tu suka marah2 kakak

ada saja benda yang dia nak gaduh

kesian si kakak yang ratu airmata tu.

tapi kalau time baik jangan la i nak berleter kat kakak

mula la dia 'backing' tapi selalu baik diorang tak lama

pas tu mula gaduh..

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu