nuffnang

October 28, 2010

kaunselor yang hebat



semalam aku dikehendaki untuk menghadiri program penerapan nilai-nilai murni dan pengurusan stress kerana pencapaian kehadiran latihan belum memuaskan..sungguh skema ayat..atau erti kata lain belum cukup 7 hari berkursus untuk tahun ini.

pada mulanya mmg terkejar-kejar sebab mula pukul 8.30 pagi dan biasanya pagi2 banyak benda nak kena follow up..program berkenaan diadakan di dewan KDN (selang beberapa blok dari opis saya )


(muka sebelum pergi)


bila program dimulakan..aku benar2 rasa berterima kasih pada yang memilih aku sebagai peserta kerana penceramah tersebut memang power..best sangat En. Norazman Amat dari Pusat Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan..memang betul2 mengubat stress..gaya penyampaian bersahaja dan isi yang padat dan yang penting kelakar.mungkin sebab beliau memang betul2 berpengalaman dan sudah menghadapi berbagai-bagai kes..banyak berkisar mengenai isu rumah tangga yang kebanyakkannya punca stress di tempat kerja....terasa cepat masa berlalu rasa macam nak dengar lagi kalau boleh nak sampai pukul 5 petang...hehehe


No comments:

Post a Comment