nuffnang

January 28, 2012

berita sedih

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas jip yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di Km224 Lebuh raya Pantai Timur Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Goh di sini, hari ini.

Mangsa, Huee Wan Tin, 31, berasal dari Indera Mahkota mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala suaminya, Tan Pang Yoong, 32 dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian 1.40 tengah hari itu tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Jip yang dinaiki mangsa sekeluarga telah berpusing-pusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - Bernama

p/s : berita ni keluar di metro online semalam, takziah kepada pegawai saya di atas kematian isteri beliau...(terdetik dihati : ajal dimana-mana, oleh itu sentiasa lah bersedia)

No comments:

Post a Comment