nuffnang

June 3, 2014

Kalau Itu Takdirnya..

Banyak yang bermain di kepala...
Semalam dapat berita mengenai sahabatku yang menerima berita buruk
Baru sabtu lepas sahabatku mendirikan rumahtangga dan hari ini majlis di sebelah pihak lelaki.
Namun berita yang beliau terima semalam memang menyayat hati.
Kedua -dua orang tua sahabatku tidak sihat dan bapa saudara beliau yang menguruskan segala persiapan majlis..Setelah selesai majlis dan petang semalam bapa saudara beliau kemalangan dan meninggal..

Alfatihah untuk bapa saudara sahabatku.
Bertabahlah, moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana.

Peristiwa itu mengingatkan ku tentang kejadian yang lebih kurang sama semasa hari pernikahan adikku pada Mac 2010. Peristiwa 4 tahun lepas yang masih segar di ingatan dan memberi kenangan yang tidak dapat ku lupakan ...

Pada hari pernikahan adik, semua adik beradik berkumpul dirumah abah aku..masing-masing ceria dan sibuk menyiapkan masakan untuk tetamu yang akan datang meraikan pengantin.Tiba-tiba kami mendapat panggilan telefon yang memaklumkan bapa saudara ku terlibat dengan kemalangan  di Lebuhraya PLUS berhampiran Pendang, Kedah dalam perjalan pulang kerumah kami.

Suamiku pergi ke hospital untuk mengetahui keadaan bapa saudaraku. Kami meneruskan kerja seperti biasa dan tidak lama kemudian, suamiku call dan memberitahu abahku bahawa bapa saudara telah meninggal dunia. Abah ku rebah di sebelah ku dan diam tak terkata, satu-satunya adik kandung beliau telah meninggalkan beliau dalam sekelip mata.Aku nampak kesedihan yang teramat sangat di raut wajah abah.Namun aku tahu abah cuba untuk kuat dan tidak mahu kami semua bertambah sedih.

Motosikal yang dinaiki arwah dikatakan terbabas setelah tayar pecah dan arwah tercampak ke dalam longkang. Tidak dapat aku bayangkan kesakitan yang arwah hadapi sebelum meninggal.Anggota badan arwah ada yang patah dan banyak kecederaan dalaman. Anak beliau turut tercampak dan tidak seteruk arwah..

Pernikahan adikku tetap diteruskan dimasjid dan abahku bergegas ke hospital untuk membawa pulang jenazah.Setalah selesai pernikahan, van jenazah pun tiba. Suasana memang teramat sayu.
Kalau diingatkan balik memang mengalir airmata tanpa disedari. Memang hebat dugaan yang abahku hadapi tapi abah tetap tenang. Aku tahu dalam hati abah tersimpan bermacam-macam perasaan. Sampai hari ini kalau terpandang muka abah, memang cepat benar hati aku tersentuh.

Aku memang nekad, aku sedaya upaya akan sentiasa menggembirakan hati abah dan mak walau terpaksa berkorban.Aku tak mahu abah dan mak aku berasa sedih lagi, cukuplah dengan apa yang telah mereka lalui.Aku mengerti sukarnya mereka membesarkan aku dulu dan sekarang tiba masanya aku memainkan peranan mengembirakan mereka walau bukan dengan harta benda kerana aku pun tidak semewah mana.

*Alfatihah untuk arwah bapa saudaraku Mohd Noor Bin Yusof

No comments:

Post a Comment