kampungku sedang banjir...aduyai
kesian pulak mak abah
jangan la banjir teruk
abis barang rumah rosak
macam tahun 2005 dulu...
minta doa agar baik2 saja
minggu ni banyak benda nak pikir..
sabar banyak2..
nuffnang
November 1, 2010
October 30, 2010
mood masak
tips menjadi pekerja disayangi
Elak bersikap sombongboleh dilihat melalui pertuturan, pandangan mata dan juga bahasa tubuh. ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi pasti akan lebih dihormatiSenyummerupakan satu sedekah, selalulah lemparkan senyuman pada orang disekelilingIkhlassentiasa mengekalkan hubungan baik sesama rakan sekerja tunjukkan keikhlasanBersikap Terbukatidak salah mendengar pendapat orang lain pasti sesuatu boleh dipelajari daripada perbincanganSorok Hal Peribadijangan meminta pertolongan untuk hal peribadi dengan teman sepejabat jika tidak rapat kerana jelas melambangkan tidak profesionalPendengar prihatinjangan memotong percakapan teman2, biarkan ruang untuk masing2 melontarkan pendapatJaga pertuturanperlu bijak menjaga komunikasi dan jangan terlepas cakap sehingga menyakitkan hati teman2 kerana pasti akan bekerjasama pada masa akan datangBerikan penghargaanhargailah kerjasama teman2 yang selalu membantu, tidak semestinya mahal jika tidak mampu memadailah ucapan terima kasih dengan ikhlasJangan Meminggir dirisesekali penuhi undangan bagi mengeratkan siratulrahim walaupun anda tidak gemar bersosial @ setidaknya senyum dan bertegur sapaBerkeyakinantanamkan sifat percaya pada diri sendiri ketika bergaul* moga aku juga akan disayangi oleh bos dan rakan2
khasiat sardin

- ikan tidak mengandungi lemak tepu dan ia merupakan sumber protein yang paling baik untuk keperluan tubuh badan
- ikan sardin mengandungi kandungan omega 3 di dalamnya yang dapat mengawal paras kolestrol, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak
- harganya murah serta mudah dimasak dan mengandungi protein sihat
- sardin dalam tin mengandungi minyak kerana sardin jenis ini tinggi kandungan kalori dan kadar lemaknya
- asid lemak dan selenium yang terdapat di dalam ikan sardin amat baik untuk memelihara kesihatan jantung
- tulang ikan sardin juga kecil dan lembut sehingga ia boleh dimakan untuk membolehkan tubuh mendapat bekalan kalsium yang baik
- selain kandungan omega 3 dan selenium, ikan sardin juga kaya dengan vitamin D, E, kalsium, dan protein
October 28, 2010
patin tempoyak
sekarang memang pantang dengar sudah terliur
gara2 mysayang yang ajar
dulu tak suka
sekarang lambat dipelawa
mencecet datang
itulah penangan patin tempoyak
* ni pun nak kena belajar masak sedap2

gara2 mysayang yang ajar
dulu tak suka
sekarang lambat dipelawa
mencecet datang
itulah penangan patin tempoyak
* ni pun nak kena belajar masak sedap2
kaunselor yang hebat

semalam aku dikehendaki untuk menghadiri program penerapan nilai-nilai murni dan pengurusan stress kerana pencapaian kehadiran latihan belum memuaskan..sungguh skema ayat..atau erti kata lain belum cukup 7 hari berkursus untuk tahun ini.
pada mulanya mmg terkejar-kejar sebab mula pukul 8.30 pagi dan biasanya pagi2 banyak benda nak kena follow up..program berkenaan diadakan di dewan KDN (selang beberapa blok dari opis saya )
(muka sebelum pergi)bila program dimulakan..aku benar2 rasa berterima kasih pada yang memilih aku sebagai peserta kerana penceramah tersebut memang power..best sangat En. Norazman Amat dari Pusat Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan..memang betul2 mengubat stress..gaya penyampaian bersahaja dan isi yang padat dan yang penting kelakar.mungkin sebab beliau memang betul2 berpengalaman dan sudah menghadapi berbagai-bagai kes..banyak berkisar mengenai isu rumah tangga yang kebanyakkannya punca stress di tempat kerja....terasa cepat masa berlalu rasa macam nak dengar lagi kalau boleh nak sampai pukul 5 petang...hehehe
October 22, 2010
saya..saya

Saya pernah rindukan seseorang tapi tak tahu bagaimana
nak meluahkan
saya pernah melukakan hati seseorang
tapi tak tahu bagaimana menyembuhkan
saya pernah mengecewakakan seseorang
tapi tak tahu nak menggembirakan
saya pernah menyayangi seseorang
DAN sampai bila2 pun saya tetap menyayangi
walau apapun yang terjadi
walaupun dia tidak rindukan saya
walaupun dia tidak rawat hati saya
walaupun dia tidak menggembirakan saya
* terasa kegedikan seperti dizaman remaja dulu kala
Subscribe to:
Posts (Atom)
