nuffnang

July 26, 2010

petua tradisional

1.Elak anak kecil kencing malam
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkan disebelah pagi dan sebelum masuk tido. Mudah-mudahan anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

2.Hilangkan ruam
Amalkan melumur tepung ubi pada badan bayi anda selepas mandi untuk menghindarkan ruam.Pastikan bahagian2 yg sering dihinggapi ruam seperti leher, punggung dan dada.Kadang2 kesian pada baby montok2 ini kerana sebagai ibu perlu sentiasa peka dengan masalah ini kerana mudah terjadi ruam dilipatan kemontokan mereka.

3.Meredakan benjol
Sekiranya kepala anak2 anda benjol, cara untuk menghilangkannya adalah dengan mengambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau sehingga larut dan pekat. Sapukan larutan itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit benjolan akan mengecil dan mengempis, kemudian akan beransur hilang.

sekian, petua untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment