nuffnang

October 19, 2010

ronda2 putrajaya dimalam hari

Malas dah nak bercerita pasal budget 2011
sana-sini sudah ada details
hari ni nak bercerita pasal myhero
malam tadi dia ngamuk nak ikut daddynyer kuar
daddynyer pun dah pujuk bawa g kedai satu round dan
pusing balik hantar
bila dah masuk rumah, daddynyer meneruskan misi beliau
kerana lambaian malam memanggil2
supaya lepaking kat luar yang lebih sejuk
almaklumla sekarang musim panas, malam pun terasa bahang lagi

myhero tiba2 tersedar daddynyer tak ada, mengamuk ajak aku yg tak bersalah
turun bawah cari daddynyer
bila dah turun tak nak pulak naik rumah
sebelum turun aku dah pesan pada abang dan kakak
supaya tido awal
aku pun bawa myhero berjalan dikawasan rumah
sambil ambil angin malam
mood dia dah ok

sedang melayan dia
bas pulak menjadi perhatian dia
meraung lagi la nak naik bas pulak
aku pun dah panik
terus tahan bas
naik je la
driver tu tanya
nak kemana?
aku jawab saja anak ngamuk nak naik bas
jadi nak jalan2 je
nasib la dia senyum je

tak pasal2 aku meronda putrajaya
dikala jam menunjukkan pukul 10.15 malam
masa tu kami 2 beranak je atas bas
sampai depan alamanda
ramai la pulak orang baru balik keja
malunyer aku
dengan baju selekeh
dengan selipar je
tebalkan muka sambil layan myhero

rondaan kami malam tadi berakhir pukul 11.15 malam
sampai dirumah tanpa banyak songeh terus ambil botol susu
dan tido tanpa mahu menukar baju
kalau tidak pukul 12 @ 1 pagi baru nak tido
sabar la banyak2
jangan tiap2 malam dia buat perangai mcm ni sudah

2 comments:

  1. aduyai..hero k.ifa mendera mama nyer..xpe2, mukriz dh de ciri2 adun yg melawat kawasan nyer..heheh =))

    ReplyDelete
  2. agak2 la nak melawat kawasan...ibunya penat woo ari bekerja tu kalau hari minggu leh gak g tgk drift

    ReplyDelete