nuffnang

August 30, 2010

Merdeka..merdeka



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53
1 Malaysia Menjana Transformasi

August 26, 2010

fuh..sedap

semenjak berpuasa ni seleraku pada nasi dah kurang..kalau nasi lemak tu boleh gak la masuk..seperti ini...


(ditambah dengan bau harum daun pisang)


(bila dibuka macam ni la rupanya)


tapi aku asyik mengidam yang ini..masih belum dapat lagi
ish..ish sedapnya, terasa nikmat sungguh

August 25, 2010

jom beli barang raya @Putrajaya



Satu lagi jualan di Putrajaya mulai 25-29 Ogos 2010 bertempat di Presint 2. Barangan dari kilang semuanya.Tahun lepas dah pegi, tahun ni tak tau lagi la..sudah gatal kaki sekarang ni..sabar..sabar.kalau pegi kang lupa diri.takut ada yang beraya kat sini je sebab sopping tak ingat sampai TERGUNA budget minyak dan tol untuk balik kg
hahahaha..dahsyat..dahsyat

lagu raya

pagi ni dah mula dengar lagu raya
terbayang-bayang kampung halamanku
mood raya sudah datang
kalau kat shoppping complex mesti dah meriahkan
aku belum pun lagi jejak mana2 mall
$$$ belum nampak bayang lagi
harap2 ada la bajet untuk baju raya anak2

August 23, 2010

FesyenNista Baby Kiko

Dalam tengah aku kusyuk tengok rancangan FesyenNista Baby Kiko ni..rupanya dah ada pemenang...walaupun aku kerap ter'miss' episod tapi aku akan pastikan aku tengok ulangan..memang comel2 sangat anak2 diorang ni siap pandai bergaya lagi. Pemenang untuk FesyenNista Baby Kiko ini siapa lagi kalau bukan..... Engku Aleesya
memang bertuah kan anak erra fazira ni... cute sungguh.


(gambar amik dari mediamalaya.com)


macam baru je tengok Erra Fazira buat majlis cukur jambul..tup2 dah anak dara Engku Aleesya ni..pandai bergaya like your mom..aku memang dari dulu minat sama Erra. sekarang bahagia je tengok family diorang..memang rezeki Erra kan dapat anak comel, suami baik, yang penting kewangan kukuh...tumpang gembira buat Erra.

tepung pelita



kuih ini memang kegemaran anak2 aku terutama 'my hero' tu..tak tau sejak bila tak perasan lak (apa punya mak kan) tapi yang pastinya 'my hero' akan cair bila tengok kuih ini..tengah mengamuk akan diam, kalau tgh nangis akan senyum..dahsyat sungguh penangan kuih ini..satu ptg tu kan, biasanya nmpak je ibu balik keja mula la merengek nak ke kedai (projek pau mak dia ni) tak henti2 merengek ajak aku ke kedai,paksa aku pakai tudung balik, paksa suruh pakai balik baju tadi..hishh. tak senang dibuatnya. pas tu tiba2 ayah dia keluarkan sesuatu dari plastik...nampak je benda tu melompat-lompat sengih sambil yeay..yeay lagi...fuh lega aku.tapi ptg tu kempunan aku nak berbuka ngan tepung pelita ni 'my hero' dah sapu licin...esoknya terpaksa beli lebih skit..pas ni nak belajar buat kuih ni hingga menjadi (ari minggu tu dah buat tp entah apa hal tak menjadi, x baca bismillah kot..hehehehe)

August 20, 2010

Keistimewaan Wanita

tanpa wanita dunia ini akan sepi
tanpa wanita hidup lelaki tak bermakna
tanpa wanita semua kerja tak menjadi

Kerana wanita lah wujudnya seorang manusia
kerana wanita lah anak2 terpelihara
kerana wanita lah rumahtangga terjaga
Dan kerana wanita lah suami berjaya

Sebagai wanita marilah kita berbangga dengan kelebihan kita dan gunakan untuk lebih berjasa kepada keluarga..jangan merungut dengan kesusahan yang kita terima DAN jangan bandingkan apa yang orang ada tetapi hargailah apa yang kita ada..

sekadar motivasi di pagi jumaat