nuffnang

June 3, 2016

Marhaban Ya Ramadhan



6 Jun 2016 iaitu Isnin umat islam akan mula berpuasa
Selamat Berpuasa kepada semua umat islam.
Moga Ramadhan tahun ini membawa seribu makna dan keberkatan.

Image result for puasa 2016

March 13, 2016

Dugaan hidup di Putrajaya

Lama sungguh menyepi, banyak benda berlaku di sekeliling dalam menjalani kehidupan seharian.
Anak-anak makin besar, perbelanjaan pun makin meningkat, barang sana sini mahal dan badan pun makin BESAR hahaha..apa taknya stress je makan, makan je stress..Di Putrajaya ni bukan semua yang tinggal sini orang kaya tau. Kebanyakkan adalah kakitangan kerajaan kumpulan sokongan yang tinggal di kuarters yang disediakan. Bermakna semua tu golongan sederhana dan gaji pun sederhana, bukannya kaya raya tapi harga barang di sini memang pukul rata.Huhuhu. Sebab tu saya sanggup bangun awal masak untuk bekalan kami suami isteri dan anak-anak ke sekolah. Disamping itu buat la jugak bisnes nasi bungkus kecil kecilan untuk anak-anak bawa ke sekolah sebab ada rakan-rakan mereka minta untuk beli nasi yang anak-anak selalu bawa bekal.

Hari ni nak bercerita pasal kehidupan di Putrajaya ni..terdetik hati nak bercerita. Selalu tengok je dalam drama tv dan kini terjadi depan mata. Anak2 selalu balik bercerita tentang rakan-rakan sekolah masing-masing. Ada yang parents selalu busy dan anak dibiarkan menguruskan diri sendiri, pergi balik sekolah, makan pakai semua pandai-pandai la. Ada juga yang parents bercerai dan si anak tinggal dengan ayah. Ayah pulak sakit dan meninggal..tinggal si anak sulung yang masih bersekolah rendah bersama adik-adik dan menumpang hidup dengan saudara sebelah ayah. Memang sedih tapi sempat juga selitkan nasihat untuk anak-anak.

Pesanan yang selalu menjadi favourite saya pada anak-anak adalah "Walaupun kita susah, buktikan kita juga boleh berjaya, kesian ibu ayah bangun awal tak cukup rehat masak nasi untuk jual nak cari duit lebih". Pernah anak-anak balik bercerita ada rakan-rakan yang nakal disekolah mengejek mereka menjual nasi tapi sedaya upaya saya menahan perasaan sedih tu demi nak memberi semangat kepada anakl-anak. Dan yang paling bangga bila anak berkata " Tak apa la ibu diorang tak rasa macammana kesian tengok ibu ayah bangun awal tak cukup rehat nak siapakan nasi untuk jual, takkan kitaorang tergamak tak nak jual, senang je pun". Huhu menanggis ibu mendengar tapi hati tisu ini lah yang sentiasa berkobar-kobar bersemangat untuk membesarkan korang.


March 19, 2015

CATHY DOLL MAGIC CREAM



 
 
Fungsi :
 
Menyembunyikan Jeragat & Lingkaran Gelap yg tak sekata...
 Kesan pencerahan dpt dilihan dlm masa yang sangat singat coz kandungan L-Glthatione pekatan tinggi dan mudah diserap.
 Cathy magic Cream memberi kesan wangian berpanjangan untuk pemakainya.
Cara Menggunakannya :
Sapu & ratakan Cathy Doll Magic Cream di bahagian muka & badan selepas mandi (selepas kering).Sapu di bahagian muka & badan agar dapat melindungi kulit dari sinaran matahari & ianya dapat menghilangkan kedutan.Tidak perlu di bilas.
Ianya sangat sesuai bagi menghilangkan jeragat, jerawat, black / white head.

HARGA - RM 35 ( TERMASUK KOS POS )
SMS / WHATSAPP - 019 8908929

CATHY CHOO SHOWER GEL



CATHY CHOO SHOWER GEL

750ml Per Bottle.
Telah diuji oleh FDA dan ISO 9002


Fungsi 24k gel mandian wangian emas aktif: ia mengandungi 99.9% tulen bahan foil emas yang diuruskan oleh teknologi nano dan boleh diserap oleh kulit sepenuhnya.

Ia akan menjadikan unsur-unsur mineral semulajadi menembusi secara langsung dalam kulit asas, mengaktifkan kulit, menjauhkan diri dari faktor penuaan dan impunties kulit, menggalakkan metabolisme sel dan menghalang penuaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.
Pada masa yang sama, produk ini mempunyai pelbagai minyak wangi tumbuhan yang berbau wangi dan boleh menyegarkan badan selepas mandi.
Aroma berpanjangan akan membuat kulit anda sihat dan menarik.
Penggunaan: meletakkan gel mandian 24k emas aktif aroma di sisi atau kedua-dua kapas dan kemudian melumurkan seluruh tubuh untuk menghasilkan buih kemudian bilas.

HARGA - RM 30 TERMASUK POS
SMS/ WHATSAPP - 019 8908929

ALPHA ARBUTIN

 
SELAMAT KE ALPHA ARBUTIN ?
 
Para pengkaji memberi jaminan 100% bahawa kandungan ini selamat digunakan dalam produk 'whitening', tidak ada kesan sampingan. Bahan ini lebih selamat dan berkesan berbanding bahan merkuri. Dan ada persoalan kenapa merkuri digunakan sedangkan arbutin lebih berkesan dan selamat. Dan jawapannya sebab kandungan arbutin baru sahaja ditemui dan mendapat perhatian dunia. Selepas ini akan lagi banyak produk arbutin yang dikeluarkan.


 
SABUN ALPHA ARBUTIN
 
Sabun Alpha Arbutin mengandungi campuran alpha, yang menyimpan enzim tyrosinase yang beraksi dengan melanin pada kulit.
Mengurangi bekas luka dan parut hitam
Kulit menjadi putih secara alami
Alpha juga mengandungi proses pigmentasi melanin di setiap langkah
Dapatkan perubahan kulit yang lebih putih dalam waktu yang singkat
 
 
ALPHA ARBUTIN PURE SERUM
 
Serum yang begitu magic dan kesan cepat
Terdapat banyak kelebihannya yang tidak ada pada sabun, toner dan krim muka
Sesuai untuk semua usia termasuklah remaja tidak kira lelaki & wanita
Serum tidak berminyak
Serum boleh menyerap dengan cepat serta meresap jauh ke dalam kulit
(epidermis) berbanding krim biasa / pelembap
Kulit muka akan kelihatan lebih cerah (whitening), lebih muda ( Anti-aging) & kelihatan tegang serta runcing (facial up-lift)
Mengandungi Alpha Arbutin & Ekstrak Kiwi yang amat penting untuk kebaikan kulit.
 
 
 
 
 
 
ALPHA ARBUTIN SCRUB
 
Boleh digunakan pada badan dan wajah
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Melembut & melicinkan kulit
Memudahkan penyerapan serum secara berkesan
Mencerahkan kulit dengan berkesan
 
CARA PENGGUNAAN
 
- Sabun seperti biasa, biarkan 3-5 minit. Bilas dengan air bersih
- Gunakan scrub dan gosok secara lembut dan perlahan. Bilas dengan air suam/ biasa.
Seminggu hanya 2 kali sahaja
- Sapukan serum dengan lebut pada wajah. Gunakan hanya 3-4 titik serum sudah memadai
 
JIKA BERMINAT SMS/ WHATSAPP - 019 8908929
 
HARGA ( SEMUA PRODUK ASLI )
 
SABUN  - RM 20
SERUM - RM 25
SCRUB  - RM 25
 
 SET  - RM 68 sahaja
 
( TERMASUK KOS POS )

June 3, 2014

Kalau Itu Takdirnya..

Banyak yang bermain di kepala...
Semalam dapat berita mengenai sahabatku yang menerima berita buruk
Baru sabtu lepas sahabatku mendirikan rumahtangga dan hari ini majlis di sebelah pihak lelaki.
Namun berita yang beliau terima semalam memang menyayat hati.
Kedua -dua orang tua sahabatku tidak sihat dan bapa saudara beliau yang menguruskan segala persiapan majlis..Setelah selesai majlis dan petang semalam bapa saudara beliau kemalangan dan meninggal..

Alfatihah untuk bapa saudara sahabatku.
Bertabahlah, moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana.

Peristiwa itu mengingatkan ku tentang kejadian yang lebih kurang sama semasa hari pernikahan adikku pada Mac 2010. Peristiwa 4 tahun lepas yang masih segar di ingatan dan memberi kenangan yang tidak dapat ku lupakan ...

Pada hari pernikahan adik, semua adik beradik berkumpul dirumah abah aku..masing-masing ceria dan sibuk menyiapkan masakan untuk tetamu yang akan datang meraikan pengantin.Tiba-tiba kami mendapat panggilan telefon yang memaklumkan bapa saudara ku terlibat dengan kemalangan  di Lebuhraya PLUS berhampiran Pendang, Kedah dalam perjalan pulang kerumah kami.

Suamiku pergi ke hospital untuk mengetahui keadaan bapa saudaraku. Kami meneruskan kerja seperti biasa dan tidak lama kemudian, suamiku call dan memberitahu abahku bahawa bapa saudara telah meninggal dunia. Abah ku rebah di sebelah ku dan diam tak terkata, satu-satunya adik kandung beliau telah meninggalkan beliau dalam sekelip mata.Aku nampak kesedihan yang teramat sangat di raut wajah abah.Namun aku tahu abah cuba untuk kuat dan tidak mahu kami semua bertambah sedih.

Motosikal yang dinaiki arwah dikatakan terbabas setelah tayar pecah dan arwah tercampak ke dalam longkang. Tidak dapat aku bayangkan kesakitan yang arwah hadapi sebelum meninggal.Anggota badan arwah ada yang patah dan banyak kecederaan dalaman. Anak beliau turut tercampak dan tidak seteruk arwah..

Pernikahan adikku tetap diteruskan dimasjid dan abahku bergegas ke hospital untuk membawa pulang jenazah.Setalah selesai pernikahan, van jenazah pun tiba. Suasana memang teramat sayu.
Kalau diingatkan balik memang mengalir airmata tanpa disedari. Memang hebat dugaan yang abahku hadapi tapi abah tetap tenang. Aku tahu dalam hati abah tersimpan bermacam-macam perasaan. Sampai hari ini kalau terpandang muka abah, memang cepat benar hati aku tersentuh.

Aku memang nekad, aku sedaya upaya akan sentiasa menggembirakan hati abah dan mak walau terpaksa berkorban.Aku tak mahu abah dan mak aku berasa sedih lagi, cukuplah dengan apa yang telah mereka lalui.Aku mengerti sukarnya mereka membesarkan aku dulu dan sekarang tiba masanya aku memainkan peranan mengembirakan mereka walau bukan dengan harta benda kerana aku pun tidak semewah mana.

*Alfatihah untuk arwah bapa saudaraku Mohd Noor Bin Yusof

May 28, 2014

Lawatan sambil belajar SMK Sri Sembrong Kluang


Lega..settle satu keja..hari ni ada lawatan sambil belajar dari SMK Sri Sembrong, Kluang Johor ke opis i..tugas i tadi kena melayan diorang dan urusan makan tengahari.Alhamdulillah dah selesai..Diorang pun bertolak ke lokasi lain pula.Rombongan terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 guru pengiring.Nampak muka gembira diorang. Pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5..best kan sekolah dah mula cuti..

Anak-anak i kat rumah belum lagi bertanya mana nak pegi jalan..sebab ayah diorang memang selalu plan last minit..tau2 jadi je.Atau diorang memang dah penat melayan ibu ngn ayah yang memang kaki jalan ...hihihi..asal weekend je ada program..Nak merancang bercuti pun kena ikut bajet poket sekarang ni..perbelanjaan berhemah..sopink online pun perlu dikawal.

May 26, 2014

Kek Besday


Minggu lepas satu persatu dapat berita gembira..alhamdulillah..yang bestnya tahun ni 'mysayang' celebrate besday i..selalu cukup sekadar wish.bukan nak minta apa pun cukup le sekadar ingat.terkejut jugak bila dia ajak anak2 buat surprise siap sembunyi kek kat belakang lagi..huhu.

Moga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan dan rezeki untuk kami sekeluarga..dan moga tahun ini mematangkan lagi diriku ini dan tabah mengharungi apa jua cabaran hidup.demi suami dan anak-anak i perlu lebih kuat untuk hadapi apa saja keadaan.

Untuk suami dan anak-anak, terima kasih kerana telah mengembirakan dan menceriakan hidup ibu.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu..untuk 'mysayang' selagi hayat dikandung badan selagi itu i akan berada disampingmu susah dan senang..promise.

May 23, 2014

APC 2013


Alhamdulillah ..merasa dapat APC untuk kali kedua dalam perkhidmatan...yang best nya tarikh majlis APC kali ni pada 15 Mei dan i punya besday pada 16 Mei..hihi
wah..terus update blog yang berkurun tinggal sempena berita gembira.
lama tinggal blog ni.. selalu melawat kawan-kawan punya blog.
Banyak benda yang hendak diceritakan..satu persatu akan dimulakan. insyaallah

January 27, 2013

Berkurun lama

Lama sungguh tak update blog..rindu pun ada. Tapi entah mengapa bila mula tulis macam tersekat..ambik mood dulu

April 18, 2012

Cinta Buat Emelda






(gambar ihsan : google)



Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.Lakonan Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.

March 21, 2012

air dicincang takkan putus




gambar semasa celebrate besday 'my kriez' di kampung

sejuk ati tengok dua beradik berpeluk macam ni

selalu jangan harap la

memang serba tak kena, si adik tu suka marah2 kakak

ada saja benda yang dia nak gaduh

kesian si kakak yang ratu airmata tu.

tapi kalau time baik jangan la i nak berleter kat kakak

mula la dia 'backing' tapi selalu baik diorang tak lama

pas tu mula gaduh..

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

March 20, 2012

demam campak

sorang..sorang
ari tu 'my kriez' demam campak
sekarang 'my sayang' pulak
rupanya kalau orang dewasa demam campak, teruk kan
dengan sengal satu badan, suhu badan tak menentu
kejap panas, kejap sejuk
serba tak kena, asyik nak melenting je..
nasib ler i seorang yang teramat sabar
melayan karenah somi dan anak
(angkat bakul nampak)...bukan selalu pun.
gambar tak publish, takut tuan badan marah
sempena cuti sekolah yang lepas
sempat juga la balik kampung sempena 'my sayang' mc
tapi i melayang cuti 4 hari
at least boleh menjenguk mak abah di kampung
sedih rasa tengok mak abah makin kurang bertenaga
ada saja penyakit yang singgah,
moga ALLAH sentiasa melindungi mak abah dan beri kesihatan pada mereka

March 6, 2012

Besday anak teruna

30 Januari ari tu genap 11 tahun anak terunaku
sekejap saja sudah besar
lama jugak tak update
hampir sebulan baru masuk cerita besday
macam-macam yang berlaku,
sibuk dengan keja opis
sibuk dengan anak2
baru-baru ni 'my kriez' kena chicken pox
bergilir la kami somi isteri cuti
ada jugak yang kitaorg bawa masuk opis
tapi tu la dengan hero tu bukan boleh jangka
time mood elok ok la
time dia tak heran sesapa, pening kepala
tapi apapun syukur alhamdulillah
hari ni mula pegi sekolah
dan pagi ni pun tak nanges
petang nanti mesti kena upah gi kedai

*curik2 time keja update citer, nnt update lagi ....


January 28, 2012

berita sedih

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas jip yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di Km224 Lebuh raya Pantai Timur Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Goh di sini, hari ini.

Mangsa, Huee Wan Tin, 31, berasal dari Indera Mahkota mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala suaminya, Tan Pang Yoong, 32 dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian 1.40 tengah hari itu tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Jip yang dinaiki mangsa sekeluarga telah berpusing-pusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - Bernama

p/s : berita ni keluar di metro online semalam, takziah kepada pegawai saya di atas kematian isteri beliau...(terdetik dihati : ajal dimana-mana, oleh itu sentiasa lah bersedia)

rindu 'my Kriez'

sudah seminggu anak yang kecik "Kriez" demam
makan tak nak langsung
batuk, muntah, selsema, demam kejap panas sgt, kejap ok
ibu susah hati sangat2, kesian anak ibu
kalau boleh biar la semua sakit anak2, ibu yang tanggung
ubat sudah bermacam ubat yang ditelan
tapi macam tu juga
harap2 sembuh la cepat, tak sanggup lagi tengok dia mcm tu
biar la dia lasak mcm selalu, asalkan sihat dan mahu makan
kadang2 nak tido malam pun tak boleh
kesian kan dia dan sentiasa pantau suhu badan..

Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting Melaka





Layan jugak tempat ni..bercuti bersama rakan2 & famili
Malam kami sempat berBBQ di tepi pantai
rasanya kena repeat tempat ni sebab ada event yg melibatkan kami sekeluarga di sini
bulan februari nanti

December 29, 2011

sudah anak teruna

gambar anak teruna dgn teman setia semasa tempoh berpantang...

alhamdullillah..selesai sudah majlis

baru update story

bz dan malas silih berganti

dekat sebulan baru ada citer

nanti nak update citer percutian pulak...

tunggu ye..